Hanya berkongsi cerita dari blogamar.com =)
Artikel yang saya dapat dari Facebook yang diambil dari majalah Solusi. So, renung-renungkan dan selamat beramal, hehe.
Aku tidak
mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin
kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang
membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah
banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung
labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara
aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung
labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi
beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak
disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan
pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang
menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari,
aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester
di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha
mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting
bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan
seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah
syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku
berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua
mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi
yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku
dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di
kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru
menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa
merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas.
Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat
kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku
seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku
bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku
langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau
membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap
bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada
di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang.
Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap.
Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati
tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap.
Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang
berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk
mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi
yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
Di mana?
Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing
itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan
nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani
menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal
yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada.
Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi.
Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca
segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit
dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam.
Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik
warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit
cerah.
Saat yang
amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang
berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia
tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke
arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah
berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar
nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku
bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku
seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau
bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke
arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak
dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba
samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi.
Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke
arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku.
Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna
gelap itu. Alhamdulillah!
Ya! Ya! Ya!
Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang
bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.
Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini
sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku
cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan
kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang
pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang
temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana.
Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera
bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan
juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg
tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua
bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan
tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih
mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan,
Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg
tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku
bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut.
Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah
kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba
anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung
labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan
melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi
akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati
penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia
mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang
agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang
meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah
kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya
berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas
hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang
suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri
terlebih dahulu.
Pernah juga
aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan
lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan,
gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang
lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi
bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita
tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun,
realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk
kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya
melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di
gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik
bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak
bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa
cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa
nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
De'Published =)
No comments:
Post a Comment