Monday 25 February 2013

Ku Jemput Jodohku ~ review novel motivasi DERITA CINTA TIDAK BERBALAS~


Assalamualaikum wbt .. bonjour fellas ..

Bismilahirahmanirahim....

hello everybody! whatssup?? having a lunch? sure never forget am i rite.... bhahaha.. well today nak represent review about motivate novel entitle " Ku Jemput JodohKu" by Fadhlan Al-Ikhwani.. cetusan motivasi mengubat hati lara.. well buku neh banyak membantu dari segi rohani dan islamic sebenarnya bagi kita yang pernah putus cinta and frustration! hikhikhik.. siri inspirasi wanita khususnya..



     Dah hampir semua yang ana baca.. well this book really awesome! sebab ape? sebab ape yang author motivate memang membantu.. dah lah bagi motivasi fizikal tambahan pulak aspek agama.. AWESOME gilerr!  korang mungkin ade couple? ada buah hati? ada yang adore kan? so korang boleh kompremkan ke yang dia itu untuk korang? kadang-kadang becinta bagai nak rak pon boleh putus tengah jalan.. lepas tuh prust menonggeng! hekhek .. hope korang tak macam tuh lah kan..  yang penting jangan serahkan CINTA kita 100% untuk orang .. jika kita yakin dia jodoh kita beristikharah lah PAda Allah swt ... kalau Allah swt izinkan maka teruslah mengikat tali ikatan supaya kita tak melakukan dosa. sudah melalut pulak kan..



    Buku neh untuk merawat hati bagi mereka khususnya kaum wanita, sebab wanita neh insan yang lemah + suka melakukan sesuatu diluar kawalan.  so dengan adanya buku neh dapat lah memuhasabah diri kita. sedikit review dalam buku neh,motivator mengajar kita cara untuk menghadapi hidup selepas kita kecewa, cara menghadapi perasaan jika terbayang sidia semula, cara berinteraksi selepas kita kecewa, jika mendapat invatation perkahwinan dari dia.. hurmmm dan banyak lagi.. memang sesuai dan berbaloi lah kalau baca.. membaca tak rugi pun kan.. =D  ..


see foto kat atas tuh, khas untuk pesakit DCTB (Derita Cinta Tidak Berbalas) ngehh ngehh =D

De 'Publised =)


Saturday 23 February 2013

Melawan Arus Cintamu -(lirik lagu animated)

Assalamualaikum wbt ..Bonjour..
Bismillahirahmanirahim ...

morning everybody.. dah gosok gigi? bekpes? bangun-bangun terus mengadap laptopkan.. hehehe... normal thing keyh... nak kongsi sikit lirik lagu Puteri Caroline - Melawan Arus Cintamu .. i loikeeee this song because it same related with me.. hekhekhek..

Melawan Arus Cintamu-

Saat  ini hatiku rasa
Mengapa harus begini
Kau disana aku disini
Ku tak bisa lihat semua

Jalan cinta ini
yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Arus ini, arus ini

Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus cinta

Melawan cintamu
Melawan cintamu



# the singer

De'Published =)

Ceritera Gadis Tudung Labuh ( recopy)


Hanya berkongsi cerita dari blogamar.com  =) 

Artikel yang saya dapat dari Facebook yang diambil dari majalah Solusi. So, renung-renungkan dan selamat beramal, hehe.

Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.



De'Published =)

Friday 22 February 2013

Nak Ukur Tue Ok X? ~ NUTOX product ~ =D

Assalamualaikum WBT .. Bonjour Fellas...

Bismilahirahmanirahim....



            Taraaa.. today i'm lots of story to making my entry... oke see the tittle NUTOX .. yang meaning tuh saje merapu.. just annoying.. hehe... today i'm lost RM 138.80  only for the skincare product.. ntah kenape gatal sangat nak pegi try tanya promoter jual produk NUTOX neh. acctually ana ada baca jugak review sikit-sikit pasal NUTOX neh yang duta die Fazura tuh kan... banyak yang kata guna NUTOX neh okeh n bekesan jugak untuk kulit sensetif + berjerawat halus mahupun kasor... hehe.. actually my skin dah tak bermasalah sangat macam dulu... sebab dah tau punca so ape lagi basmi secepat mungkin.. I have a sinus.. so seriously danger... sebab tak tahan gatal satu muka.. kulit mengelupas teruk then merah-merah pedih..kalau dulu nak keluar pun macam tak kompiden je kan..jerawat tanpe segan silu betepek kat atas dahi.. bedak kene touch up tebal-tebal.. hahaa.. but now Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab mengurangkan masalah sinus neh.. merata jugak lah nak pegi cari ubat.. lastly jumpa dengan sorang makcik yang jual sabun resedung.... Allah bagi petunjuk sukenye =) Alhamdulillah kulit kurang masalah... nak keluar pon kompiden dah tak lah malu sanat kan..hekhekhek...

          oke lets continue about reviewer product of NUTOX oxyfussion.. banyak blog yang ana view semua kata product neh best.. then i ask the promoter, then she suggested me to try one.. she say that the product suitable for all type skin and for sensitive skin like me... when her put some of  the product tester on my hand.. i will feel how its dry, and not oily.. but seriously memang x melekit n berminyak... since i pakai dari tadi pukul 8pm - 11pm ... kalau pakai pelembab safi tuh waktu sekarang rasenye dah shining muka + oily.. that why ana pakai pelembab safi bila dah nak tidur baru tepek... kalau tak memang tak tahan lama lah rase berminyak jer muke rimas pulak =( ... promoter yang promote pon guna jugak.. dia kata muka dia lagi teruk dulu,but after guna NUTOX kulit dia oke.. oke see her skin macam kulit ana jugak.. 

       lupe pulak nak cerita ada set ape dalam tuh... hehehe sebok sangat ulas cerite pasal dengan kak promoter tuh.. okeh harga asal RM 2++ lebih jugak lah if beli asing-asing.. tapi ade promotion package so harganya RM139.90 less dpt 138.80 .. ada 5 barang, pencuci,moisturizer,toner, night cream, n serum.. semuanya tahan lama lebih kurang 8bulan.. just pencuci muka jer lah kena renew lepas 2bulan macam tuh.. saving kan..bebaloi lah pon.. guna pon tak perlu banyak-banyak... sikit pon dah cukup.. see saving rite?  =)

      but i'm just trying this for first time.. so did not know how the result yet.. just waiting and see what happen.. hope this product suit with my expensive skin.. hehehe... inshaa Allah mudah-mudahan Allah izinkan.. tapi bukan lah tujuan untuk kecantikan dunia, tapi nak keselesaan kesihatan.. hanya orang yang mempunyai kulit sensitif jak tahu rasa seksanya macam mana.. hihik... okeh cukup lah bebel panjang.. penat pulak.. okeh lepas seminggu guna nanti ana reviewkan yew.... hasilnya.. inshaa Allah =)

De'Published =)

Cerita Mengidam Kek SR Punya Pasal

Assalamualaikum WBT .. Bonjour fellas...

Bismilahirahmanirahim ...



hye.. hye...jawab salam dulu k.. urmmm today is unexpected.. actually i'm going hang out together with my classmate.. alah Kangar jer pun (Perlis) .. we doesn't have a classes today so our planed to go searching 'kek Pavlova', one of my friend mengidam sangat kek tuh.. then we decicided to drop by Secret Recipes.. the bad! there's no cake we're looking for.. muke masing-masing muncung dah boleh gantung hanger baju dah.. hehee. oke yang tuh tipu jerr =) .. oke lah we decides for try other menus.. seriously memang tak best sangat! the first and last lah kitorang lepak kat SR Berseri.. huh.. = ='

I order kek fruities ape kebende tah, tak ingat pulak nama sebab tak sedap malas nak ingatkan.. kuikuikui.. 
next I oder orenge Appricot juice ... okeh lah sedap jugak walaupun kembang kempis hidung nak telan sebab masam.. hurmmm hampa sangat sebab tak der choice.. so last we drop by there. ouchh.. BTW dan lagi hamek gambar for review hikhikhik... tuh jer sekian =)




#i'm with them

De'Published =)

Tuesday 19 February 2013

Today A Very Embarrassing Day! MUET I'm speachless =(

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum wbt..bonjour fellas..

regarding to my tittle.. how the big explaination worst that i'm make!! aigoo ...(MUET ) speaking test~ subahanallah Alhamdulillah walla illa'hainalallah Allahu'akbar... punye ler susah!.. acah jer... tak susah mana pun.. if understand the instruction than you can make it easier.. i got a group members among my class so nerves with them is nothing but nerves with the examinner is already of course ! cuak habis! .. hurmm the question is about 'when u get rm20 000 to apen a small bussines so what business u could do? (lebih kurang cenginih lah ) then as a candidate D that unlucky one hehehe get a task open a cake shop..

adududu... jenuh nak mikir.. but confidently speaker.. param..pram..pram.. yang 'aaaaaaaa..aaaaa' sejak azali memang tak boleh nak buang dah.. ana tak tau lah ape yang ana cakap.. hentam sajalah labu! .. then waiting for the result whether want to cry or laugh..hah... next ada reading test,writing test  and the last listening test.. the most i loikeee. =)


 
#suasana di dalam bilik kejadian yang sangat menyeramkan.. ana candidate D ..ha nampak x? auwmmm...muke masing-masing macam neh (padahal ana jer) dah blur..  takut tak? heeeeee =P

tuh jer sekian.. for new candidate MUET jgn nak malas-malas baca past question,for the ex candidate MUET tahulah mcam mana rasanya bg mereka yang BI x berape nak lancar.. maklumlah dulu lahir2 terus makan nasi, x makan roti.. hekhek (makan roti bajet mat saleh) oke .. Im sorry!

De' Published =)

Bila Singa Lapar!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt :)

oke tajuk tak de kene mengena.. eheeeekk.. when i'm in a bored.. neh lah hasilnya... Taraaaaa!


#ouchhh suke ngat mengedit.. hobi dikala bosan.. suke capture foto bajet nak jadik fotografer la sangat kan! =)


 #my pets,bebit ..they are twin.. ana jaga mereka since mereka berusia 2 tahun,hanya tahu menjilat jari ana, tapi sekarang tak jilat dah abeh kuat gigit tak bagi lepas... dulu comel jer sekarang urmmp! debab sampai nak gendong pon  tak larat =P


  # smile capture! haha  no motip... sajerrr hiburan semate-mate 


 #yang neh gambar tak jadik sebab due ekoq neh tak reti dok dendiam ..nampak tak bertapa besarnya .. tengok lah sapa yang bela kan ..tuihhh =P

oke tunggu gambar lain pulak yew... daaaa =)

De'Published =)

Friday 15 February 2013

Today Is Friday! ngeeeh =)

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt.. bonjour fellas!

According to my title that tah hape-hape tuh kan .. actually sajer na buat semak.. eheeek =) (bajet comelkan) .. okeh lah.. today is friday the most noble day.. ~last friday night.... cop that is the song by Katy Parry.. i'm not try to story about that song keyh!.. saja merapu.. lets be continue- during this day, we should do every thing that give us reward (pahala) and remove our sin. howahhh broken english ana makin menjadi-jadi pulak terok nye... hah lantak! actually i malas nak guna proper  english sbb nanti macam skema pulak then reader pon bosan nak bace..lepas tuh ayaq liuq pon meleleh keluar bab ngantok+bosan bace..(macam selalu ana buat jerk) = =' hah uolsss pon buat jugakkan! hekhekhek...

wanna hang out but outside there are raining.. mummy said 'hujan-hujan nak keluar pegi mana?.. dah lah cuci kereta malas'- okeh thats my habit .. i'm really super duper lazy to washing my bumblebieee (car).. i always upah my elder brother to washing-washing my car.... thats not rasuah okeh! ... so tak dapatlah nak keluar.. =(



lebeh kurang macam neh ler ceritanye.. #shortform

heheh tarrraaaaaa! see i didn't know to draw in computer.. but i try ever.. so thats all! tenkiu reader...


De'Published !

view this if u in love ^_^


sobsobsob  ='( sedih kan.. actually this video are from my friend. she give me to me.. btw credit to zackzukhairi.blogspot.com

De'Published =)

Thursday 14 February 2013

Salutation from Singa Comel =)

Hello! Bonjour fellas..Assalamualaikum wbt.. salam ukhuwah..

oke im not newbie in bloging.. and also dont know how many blog did i sing in and have it... hehe.. for those that admit me sorry k b'coz i didn't reach my password my pass blogs.. "im sory" =) (sambil wat muke comel! ) .. intro - my name is Fatin Haffiqa bt Abdul Razak, im 21 years old for 2013.. still young bebeh! =) .. im became a fresh diplomatic graduate of Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis) .i'm major in IT (Digital Media,Gamming) . i'm birth on 15.ogos.1992, N9. i'm interest do something that people never do... yup my gender is female but i dont think that i'm do the everything that girl do. euuuuuu =| ... cehcehceh.. so that all bout me..so any question just put your coment down there! also if u interest to chat me just find me at fb@twetter (Qurrata A'yun).. aigoo broken English.. well i'm pure melayu sejati..so i dont know how to speak mat saleh better.. heheh =D..  so, nice to meet u, readers .. excuse me  not meet but know u.. am i rite? choihh merapu sudah.. keyh la. see again... adiossss...

de' published ~