Tuesday, 23 July 2013

Nikah Muta'ah- Orang Syiah


Assalamualaikum wbt.. selamat tengari..

Bismilah...

Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah". sedikit info berkenaan perlakuan orang syiah.. terbaca dari satu blog lama dulu lupa pulak namanya.. tapi sekadar perkongsian rasanya tak pe kot kalau kita share..

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya bertunang dengan lelaki Syiah. Semasa mempunyai hubungan, dia mengajar saya berselawat, nikah muta’ah, solat 2 waktu dalam 1 masa, serta cara dan bacaan dalam solat, contoh solat 2 waktu yang dimaksudkan ialah zohor+asar / maghrib+isyak, ia sama seperti kita melaku
kan solat jamak, tapi golongan syiah ini mereka lakukannya setiap hari. Cara solat yang dia ajarkan kepada saya tangan tidak seperti biasa tapi disisi, bacaan mereka juga lain daripada yang biasa kita baca dalam solat.

Selawat yang diajar oleh dia pada saya “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ali Muhammad”. Katanya pada saya jangan percaya sahabat-sahabat nabi tapi percaya ahli keluarga nabi Muhammad S.A.W sahaja.

Nikah muta’ah pula cuma kami berdua tiada saksi dan wali, mahar dan tempoh ditetapkan oleh saya, begitu juga lafaz cerai, dalam tempoh muta’ah saya tidak dibenarkan berhubungan dengan lelaki lain dan dalam masa yang sama dia boleh nikah dengan mana-mana perempuan.

Bab pemakanan, mereka tidak makan makanan seperti siput sedut, sotong, ketam, kerang dan pari, katanya kotor sebab lumpuh, sotong pula ada racun.

Lagi 1 yang saya ingin kongsikan mereka ni tak pergi Solat Jumaat dan Solat Tarawih. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.
Kepada wanita-wanita diluar sana atau yang sedang membaca, saya harap anda selidik dahulu siapa bakal pasangan anda sebelum hubungan pergi lebih jauh dengan mereka, perhatikan cara mereka solat dan tidak makan makanan yang saya senaraikan tadi.




-hope kita terhidar dari golongan ini ...

Bedak Sejuk Tanakha @ Tate' By D.E.A

Assalamualaikum wbt..
 Bismillah ..

hyee peeps! huh agak lama x berbloging .. rase macam awkward pulak na typing ..

hari neh na story ciket pasal bedak sejuk Tanakha @ Tate by D.E.A .. well agak tertarik na try ..konon-konon boleh jadi cantik macam Nora Danish ... kihkihkih..

gatal-gatal pegi tanye kat satu kedai kosmetik neh pasal bedak sejuk tuh.. then dia pon bagitau lah ingredient bedak tuh then function-functionya..  actually i dah try pakai 2 hari.. urmm ada jugak nampak hasilnya.. jerawat-jerawat halus tuh semakin kecut then dia keluarkan sel kulit mati..
.... bau dia pun sangat-sangat wangi ekstrak bau limau and sejuk then dapat hilangkan minyak-minyak pada permukaan wajah... kalau pakai buat bedak sejuk tuh bangun pagi tak lah cemuih sangat dengan minyak kat muka.. hihihii..

so sekarang neh pakai Alhamdulillah tiada masalah.. hope dapat kekalkan.. sebab na dapat pon mudah then murah.. pakai banyak mana pon tak kisah.. tapi dengar kata mereka na naikkan harga sebab dah terlampau laris.. jum pakat beli banyak-banyak..kihkihkih

ramai yang keliru aiseh termasuk lah i pon mengenai originality produk neh sebenarnye.. yelah sape yang nak kena tipukan .. nak-nak lagi untuk kulit kompem takut na pakai kan.. actually TANAKA POWDER ADALAH BERASAL DARI NEGARA MYANMAR DAN DIPASARKAN DI MALAYSIA OLEH D.E.A IAITU DANISH EMPIRE ASSOCIATES (KELUARGA NORA DANISH) .. produk yang sama,bahan yang sama cuma yang Tate By D.E.A tuh Nora Danish re-branding balik..  ituh jer..

... Fungsi Tate ni @ bedak sejuk tanaka ni macam bedak sejuk.. Kalau nak pakai mcm bedak sejuk, paste tu sikit letak dalam piring campur dengan air, sapu kat muka..bila dah kering, gosok2 pastu lepas 10minit baru bilas dengan air..
 kalau nak pakai mcm foundation, sapu jek kat muka, pastu bole pakai make up..
 nak buat scrub pun bole..gosok-gosok kat badan, bole jugak hilangkan gatal-gatal..

 Tanaka Powder adalah berasal dari pokok tanaka yg digunakan oleh orang Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari.
 Di Malaysia, TANAKA tidak begitu meluas penggunaannya namun antara produk yang berasaskan tanaka adalah Bio Essence. i penah try.. yup kayu Tanaka neh memang bagus untuk kulit sebab dia menyejukan..

ANTARA FUNGSINYA:-
- Kecutkan jerawat
 - Haluskan kulit
 - Cerahkan kulit
 - Hilangkan jeragat
 - Lembutkan kulit
 - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
 - Pelindung cahaya matahari
 - Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh
digunakan satu badan

Selamat Mencuba =)